&
Cultural Village (Kampung Budaya)
Hari Ke-2 (Rabu)
&
Pogram Jalinan Muhibah
Guru-guru bergambar kenangan di hadapan SMK BAKO, Kuching.Dari kiri Cikgu Ruzi, saya, Cikgu Awal, Suami Pn. Sumiati (maaf! Nama tak ingat), dan Pn Hjh Munah.
Menaiki bas awam dari SMK Bako ke jeti untuk ke Tmn Negara Bako.Pengalaman yang menyeronokkan. Tambang hanya Rm0.50/seorang (jarak- 3 km je..).
Di jeti Taman Negara Bako
Menunggu giliran untuk mendaki. Boleh tahan juga tingginya bukit. Sengal gak lutut tapi ni antara aktiviti sihat. Daripada asyik buat lemak lebih baik bakar semua lemak tu. Betul tak?
Bersama warga emas dari Australia. Umur mereka ni yang paling muda 79 tahun dan yang paling tua 80 lebih. Kalau orang kita mesti kena kata buang tabiat tapi bagi orang negara maju umur 3 bulan dah bawa anak-anka mereka dekat dengan alam sekitar.
Mendegar taklimat dari pegawai Taman Negara Bako, En. Aubyl Ilias. Beliau banyak membantu kami menerang secara terperinci tentng taman negara ini. Dengan lawaknya yang bersahaja membuatkan kami seronok dan hilang penat. Thank you Mr. Auby..
Program Jalinan MuhibbahProgram jalinan Muhibbah antara SMKTPG dan SMK Bako. Tuan Pengetua SMK Bako (berkopiah di sebelah kanan saya). Pelbagai persembahan diadakan bagi menyambut kami. Antaranya tarian tempatan dan nyanyian.
Persembahan pelajar SMKTPG(pelajar lelaki mane? Ada kat belakang kot?)
SMKTPG juga turut mempersembahkan 3 buah lagu medleyiaitu Sebenarnya - Yuna, Gemuruh- Faizal Tahir dan ....... yang 'memukau' para hadirin.
Pn.Hjh Munah menyampaikan cenderahati kepada Pengetua SMK BakoHari Ke-3 (Khamis)
Gua Angin, Bau, Tasik Biru, Bandar Batu 7, Tasik Biru, Bau dan Semenggoh
Hari Ke-4 (Jumaat)
Bandar Kuching, (Waterfront, Kilang Kek Lapis, Kilang Pasu)
Hari Ke-5 (Sabtu/Hari Akhir)
Pasar Satok dan berangkat pulang
Untuk hari ke-3 dan seterusnya
saya masukkan dalam entri akan datang sebab gambar belum dapat sepenuhnya....


















