Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid:
- Munghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasi ruangan.
- Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
- Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab.
- Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain.
- Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya.
- Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain.
- Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta pentingnya menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana.
- Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik.
- Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional.
- Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan